TESL IN UNISZA PART 2

Assalamualaikum and hi! I'm back hehe....

It's been a while since I last update my blog haha. I've been so busy nowadays and got no time anymore to blogging. However, since I got a few responses from strangers who read my blog(they dm-ed me on ig and twitter haha), I feel motivated again to rant on this blog. Thanks for those who read my blog ( at least I know my writing give benefits to people out there) *insert emoji monkey tutup mata*

Okay, sebab ramai sangat orang dm kat ig and twitter tanya pasal TESL kat UniSZA ni so , I will write again about it. Don't worry , I won't repeat what I already wrote on the previous entry. Apa yang aku tulis ni based on soalan soalan yg biasa orang dm tanya aku.

So sekarang aku dah sem 5, tinggal satu sem lagi sebelum grad diploma yuhuuuuuuuuu!!! Semakin nak habis diploma ni makin busy tau tak eii. TESL ni semua sekali ada 6 sem. 2 sem pendek and 4 sem panjang. 2 sem pendek tu belajar subjek universiti macam tajwid , fiqh ,akhlak and so on. Sem panjang tu belajar subjek fakulti and kos awak tu. Antara subjek yang aku belajar ialah psikologi, preschool education, counseling and teaching of writing, reading and other skills. Sem 6 tak belajar sebab ada language camp and teaching practical (doakan saye!)

Kalau ada yang tanya sem mana paling busy, setakat 5 sem ni, sem 5 paling busy namateyyyy. Sebab sem 5 ni kau kena buat research aka project paper. Dia acah acah thesis la tapi tak mendalam sangat. Tapi ni pun dah boleh buat semua orang stress hahaha. Aku pun tak nampak apa faedah buat benda ni sebenarnya tapi bila fikir balik ada jgk la faedahnya nak nak bila dah degree nanti kena buat benda ni takdelah terkebil-kebil sangat. Sem 1-4 tu kau rilek rilek je okay takyah stress sgt enjoy your diploma year(tapi takyah la enjoy sangat smpai tak score deanlist macam aku ni huhu)

Untuk asrama pulak, sem 1-3 wajib stay asrama tau sebab dia dikira students first year. Sem 4 dah boleh dah nk pindah duduk rumah sendiri ke rumah sewa ke haa. And hanya students yang aktif je dapat asrama untuk sem 5 and 6. Yuran tu depends atas asrama. Asrama baru yang selesa tu dalam RM655 gituuu, asrama lama yang sempit sikit tu RM400 lebih untuk satu sem. Biasa first year dia bg asrama baru don't worry. Wifi ada, and tahap laju depends atas tempat gak.

bilik di asrama lama.2 orang sebilik k.


Untuk MUET pulak, yang ni kau kena handle sendiri. Daftar sendiri, attend kelas sendiri, pergi exam sendiri and repeat sendiri hahahahaha. uni kau takkan handle tau benda ni. Kalau nanti degree nak pursue dalam TESL, English Communication atau yang related dengan English, WAJIB dapat Band 4 ke atas okayyyyy!!!!! So pesanan akak, study and prepared well sblum ambik MUET ye.

muka bahagia lps jwb muet tapi hakikat dan result hanya Tuhan yg tahu






Yang tanya boleh jadi apa lepas sambung TESL ni, awak boleh jadi cikgu, cikgu tadika, kaunselor , journalist and so on, tapi ni semua lps awak pursue degree dalam bidang yang lebih spesifik la. kalau nak harapkan diploma ni je maybe boleh jadi cikgu tuisyen kot, tak pun cg tadika swasta haa depends on requirements yg dia nak la.

Yang tanya macam mana nak apply, lps dapat result SPM tu terus kecik kan skop minat awak yang bersesuaian dengan result tu. Then apply la through UPU, kalau tak dapat jugak, buat la rayuan hantar surat dekat uni secara personally pun boleh. InshaAllah ada rezeki dapat la awak sambung TESL.

Overall, TESL was so fun and you'll meet a lot of great people in TESL. And takde maknanya orang cakap belajar TESL ni senang je, tak mencabar bcs setiap benda ada their own speciality okayyy?

some of my fav ppl in TESL




I think that's all for tonight. Ni pun curi curi masa sebab ada gap 3 hari lagi sebelum last paper haha.
Semoga entry kali ini bermanfaat untuk semua. If you have anything to ask, just drop your comments or dm me on ig or twitter.



pen off: 0055 am
xoxo,
Addin.

Comments

  1. Bila tengok gambar bilik tu, teringat kembali kenangan belajar di kusza 1998-2001. Rindu rasa nak melawat bilik yg pernah diduduki..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TESL IN UNISZA

TESL IN UNISZA : TEACHING PRACTICUM