volunteerism

bismillah,

salam alaik guys

mashaAllah dah lama gila tak tulis belog ,almaklumlah dah bergelar mahasiswi. (cecece poyo je).
so tonight, memandangkan i dah start cuti sem so im gonna update about 'SUKARELAWAN'.
Sebenarnya dah lama berhajat nak share dengan uolls tapi banyak sangat halangan dan cabaran and one of them ialah sikap malas hahaha

okayy so kenapa sukarelawan?

krik krik

during short sem, alhamdulillah berpeluang join 3 program sukarelawan termasuk UCE (which is under Persatuan Khidmat Masyarakat), so i think why not i share my experiences kan?

Program sukarelawan pertama yang aku join ialah Program Jalinan Komuniti Antara UniSZA dan Dun Batu Rakit (UCE). Program ni under HEPA and under persatuan kokurikulum masing masing so semua wajib join la. Nak tak nak memang kena pergi. Program ni selama 3 hari so setiap persatuan tu pergi kampung lain lain la. Macam persatuan Khidmat Masyarakat dapat Kg Mengabang Lekar. antara aktiviti yang kitorang buat ialah gotong royong bersih kawasan kubur, masjid ,balairaya and sekitar kampung. Kita jugak ada buat motivasi kepada pelajar sekolah , tadarus AlQuran dan iftar jamaei dengan penduduk kampung. Program ni sangatlah bermanfaat sebab dapat bergaul dengan masyarakat kampung . Tapi satu je yang tak best, sebab dia buat program ni time tengah bulan ramadhan yang panas terik so kitorang letih gilaa dan hanya fikirkan air semata mata hahaha. Pergi mana mana pun nampak air je.






Program kedua pulak ialah program "Satu Keluarga Sekampit Beras", i was not too sure tapi rasanya betul dah kot hahaha lupa la pulak. Program ni anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Sebenarnya taknak join pun sebab takde geng tapi pujuk jugak hati ni supaya try. Nak tunggu ada geng memang payah la sebab ni bukan sekolah where u can do anything with your buddies. So aku pergi masa sesi pagi sebab tak ramai sangat yang join sesi tu. Setelah diberi taklimat, kami dibahagi kepada beberapa kumpulan and group aku semua senior yang aku tak kenal . kahkahkah. sedih betul.

Yang sorang tu akak senior yang tengah buat master and dua orang lagi merupakan antara orang kuat ABIM maybe. eh tak sure haha. So tinggal lah aku newbie yang sangat krik krik time tu. Tapi akak tu cakap, memandangkan ni adalah program pertama aku dengan ABIM, so aku just perlu tengok cara senior senior ni buat. (( feeling lega sangat time tu))

Kitorang pergi rumah rumah terpilih di sekitar Kampung Maras , Kg Wakaf Mesira and sekitarnya yang rata ratanya penduduknya hanya bekerja kampung. Kami takde list rumah tertentu so kami hanya pergi secara random. Tapi alhamdulillah rasanya semua rumah yg kami sampaikan sumbangan tu menepati ciri ciri penerima yang sepatutnya.

Ada satu rumah yang kami singgah, rumah mereka agak besar. Pada tanggapan kami, mereka ni orang kaya and maybe anak anak kerja besar besar tapi sebaliknya pula. Mereka pasangan suami isteri yang tak bekerja dan hanya bergantung kepada duit pemberian anak semata mata. Si suami nampak sihat tapi rupanya mempunyai masalah ingatan dan si isteri sakit tua. Anak anak pula hanya kerja kampung.

Ada yang beberapa kali melafazkan syukur dengan kehadiran kami , Part ni paling aku terharu . Most of them tak dapat bantuan sebab tak tahu nak mintak macam mana and ada yang tak layak. Part tak layak tu aku tak paham. Agaknya pihak yg sepatutnya tu nak tunggu ada yang mati kebuluran dulu kot baru nak bagi, eheh, sorry teremosi pulak.

so kami ada ambik data mengenai mereka yang kami sampaikan bantuan tu dan mana yg kami rasa patut terima bantuan, kami hantar data mereka kepada pihak yang sepatutnya.

*sorry program ni takde gambar sebab takde geng hahaha*

Program last pulak ialah Program Mahabbah Ikimfm di Kg Baru Seberang Takir. Program ni anjuran Jakim, radio IKIMfm dan IM4U. Aku terlibat sebagai fasilitator bagi program ini dan ada sebahagiannya terlibat sebagai anak angkat. Program ini lebih kepada have fun kot haha. Ada gotong royong , sukaneka rakyat and beberapa persembahan oleh artis macam Hafiz Hamidun and Daqmie. Masa ni lah kau nak belajar cara anyam ketupat, cara kupas bawang (lol sapelah yang tak reti tu) and so on. Tugas aku time tu hanyalah mengawasi peserta peserta program anak angkat tu.









so, keseluruhannya, program program di atas sangatlah bermanfaat kepada para pelajar yang baru nak up macam aku ni. Yang baru nak terdedah kepada kehidupan sebagai seorang mahasiswa yang bukan hanya mengejar 4 rata semata mata. Bagi aku, apa yang aku nak time jadi sukarelawan ialah kepuasan. Puas bila dapat tengok orang lain tersenyum. And we really didn't seek for money and any gratitude. Yes, maybe ada yang cakap, ni dah tahun 2015, mana ada orang tak pandang duit, Hahaha talk to my hand please. Ada okay. Mereka adalah sukarelawan. :)

last but not least, i really hope dapat join lagi program macam ni because i think im gonna addict with this kind of work hahaha.

i think, thats all from me. semoga bermanfaat.

xoxo,
addin.

pen off : 1212 am

Comments

Popular posts from this blog

TESL IN UNISZA

TESL IN UNISZA : TEACHING PRACTICUM

TESL IN UNISZA PART 2